Tanda-tanda dan Simtom-simtom Gastrik

Gastrik merupakan penyakit dialami oleh ramai rakyat Malaysia. Namun majoriti tidak sedar atau tahu tentang gejala gastrik ini. Jika anda kerap mengalami tanda-tanda atau simtom di bawah, maka anda sebenarnya penghidap sakit gastrik.

Sebelum itu, mari kita kenal apa itu gastrik.

Apa Itu Gastrik

Gastrik sebenarnya ada banyak peringkat. Kebiasannya ramai orang akan mengalami…

Gastrik Angin (Gastritis)

Selalunya bila ramai orang kata ada masalah gastrik ia merujuk kepada masalah gastritis atau gastrik angin.

Dalam perut kita secara semula jadi akan hasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencernakan makanan.

Asid ni sangat kuat dan jika terkena pada tangan, kulit akan terhakis. Sel perut kita menghasilkan lapisan mukosa iaitu lapisan pertahanan sebagai pelindung daripada terkenanya asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik akan berlaku apabila ada makanan untuk dicernakan. Jika tiada makanan untuk dicernakan atau berlaku tidak keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik yakni terlalu banyak maka kekuatan lapisan pertahanan akan menjadi lemah.

Jika jadi lemah, ulser berlaku dan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Sekiranya ada orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda-tanda Gastrik yang Selalu Dialami oleh Pesakit Gastrik

Ini adalah tanda-tanda yang seringkali berlaku kepada pengidap sakit gastrik.

Tanda-tanda Gastrik
  • Sakit dada
  • Sakit dan senak perut
  • Kembung perut
  • Badan lemah tak bermaya
  • Cepat penat dan letih
  • Tak ada selera makan
  • Muka pucat
  • Cepat lapar
  • Loya
  • Berdebar-debar
  • Muntah-muntah
  • Pening
  • Selalu terjaga dari tidur
  • Kerap sendawa
  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
  • Berat badan turun (kurus)

Jika anda mengalami salah satu simtom di atas, ambil langkah segera untuk mengubatinya sebelum menjadi serius. Kerana gastrik kalau dibiarkan berlarutan berlaku boleh menyebabkan pedih ulu hati (GERD) yang serius seterusnya kanser perut.

Rawatan dan Cara untuk Merawat Gastrik Angin

Sebelum nak rawat gastrik, pastikan kita tahu punca berlaku gastrik supaya kita tak mengundang sakit gastrik lagi.

Punca Berlakunya Gastrik:

  • Tidak jaga pemakanan.
  • Banyak mengambil ubat tahan sakit.
  • Merokok dan minum minuman beralkohol.
  • Tertekan (Stress).

Cara untuk Merawat Gastrik Angin

  • Jaga pemakanan. Makan ikut masa secara konsisten.
  • Ambil vitamin A, B12 dan C. Vitamin-vitamin tersebut boleh di dapati pada buah tin, delima dan buah-buahan lain.
  • Elakkan minuman berkafien seperti teh dan kopi.
  • Elakkan merokok.
  • Minum susu kultur yang mengandungi probitik dan prebiotik untuk menuetralkan semula asid dalam perut. Fungsi probiotik dan prebiotik adalah untuk membunuh bakteria jahat (H. pylori) daripada terus menyerang dinding perut.

Mahu Penyelesaian Segera?

Sekiranya anda mahu penyelesaian segera boleh dapatkan GoLAC Gastrovenger kerana di dalamnya mengandungi vitamin A, B12 dan C serta probiotik dan prebiotik sememangnya terbukti membantu untuk melegakan gastrik dan GERD.